Saturday, 5 September 2015

PERANAN INDIVIDU TERHADAP DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA

3.1 PERANAN INDIVIDU TERHADAP DIRI SENDIRI

Setiap individu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Oleh itu mereka perlu mengenali dan memahami setiap kehendak dan keinginan diri. Peranan terhadap diri sendiri termasuklah tanggungjawab individu berkenaan kepada Tuhan dan juga dirinya.

Manakala dari segi batiniah perlulah individu mengisi jiwanya dengan pengisian yang dapat memberikan ketenangan dan kesejahteraan kepada diri. Antara peranan individu terhadap diri sendiri yang perlu dijaga ialah: 

1) Maruah Diri dan Nilai Diri


              
2) Menjaga kesihatan dan kebersihan sama ada kebersihan fizikal mahupun mental.

3) Berusaha menuntut ilmu supaya mencapai kemajuan diri sendiri.


Friday, 4 September 2015

3.2 PERANAN INDIVIDU TERHADAP KELUARGA
Menurut Kamus Dewan (DBP), keluarga merupakan orang yng mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain. Peranan individu terhadap keluarga mempunyai banyak cabang contohnya seberti tanggungjawab ibu dan bapa.

Keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat. Terdiri daripada 2 orang atau lebih. Adanya ikatan perkahwinan atau pertalian darah di antara sesama anggota keluarga.



a) Keluarga Bahagia

Bahagia atau derita kehidupan sesebuah keluarga bermula dari rumah. Perkataan BAHAGIA melambangakan sesuatu yaang indah dan menyeronokkan. Kebahagiaan boleh dihubungkaitkan bukan sahaja dengan tingkat pencapaian kebendaan tetapi lebih menekankan kepada rasa keseimbangan yang mendalam terhasil dari jiwa  yang tenang.

b) Ciri-ciri Keluarga Bahagia

     1. mempunyai didikan agama
     2. pergaulan yang penuh adab sopan/ baik
     3. merahsiakan masalah rumah tangga
     4. sabar dan bertolak ansur
     5. mendoakan kebaikan dan kebahagiaan keluarga
     6. mengambil beerat masalah keluarga
     7. bersederhana
     8. kamantapan ilmu dan akal
     9. keluarga yang berakhlak mulia
   10. sentiasa bersyukur
   11. keperluan hidup yang sempura
   12. merasa cukup dengan apa yang dimiliki

c) Peranan individu dalam Keluarga

Antara peranan individu dalam keluarga ialah :

i. Memberi kasih sayang


ii. Saling bantu-membantu


iii. Mengingati tarikh-tarikh penting dalam keluarga

                  
iv. Menghormati orang yang lebih tua
  

v. Menyediakan tempat tinggal dan pakaian

Wednesday, 2 September 2015

4.2 Konsep Rukun Negara


Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

      1) Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat
      2) Memelihara cara hidup demokratik.
      3) Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara             adil
      4) Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaanya yang kaya dan berbagai                     corak.
      5) Membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sain dan teknologi moden.

Maka, adalah sewajarnya bagi rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang berikut:              

                                        KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;                
            KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;   
       KELUHURAN PERLEMBAGAAN; 
                     KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;                 
     KESOPANAN DAN KESUSILAAN

NOW THEREFORE, WE, the people of Malaysia, pledge to concentrate the whole of our energy and efforts to achieve these ambitions based on the following princip

                                                        BELIEF IN GOD
                       LOYALTY TO KING AND COUNTRY
                  SUPREMACY OF THE CONSTITUTION                                                        RULES OF LAW
                        COURTESY AND MORALITY


            


Tuesday, 1 September 2015


4.3. Nilai-nilai perpaduan.

1) Kepercayaan Kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.


2) Kesetian Kepada Raja Dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

3) Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

4) Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

5) Kesopanan Dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

6) Integrasi Nasional
Dari segi definisi Integrasi adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu indentiti bersama. Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang diusahakn agar berjaya. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan adalah satu contoh terbaik kejayaan proses integrasi.
Manakala perpaduan pula adalah proses menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah negara supaya mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama tentang negaranya.
Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara. Selain daripada aspek ekonomi, politik, perpaduan juga merupakan agenda penting dalam kemajuaan sesebuah negara. Relatifnya, ekonomi dan politik yang stabil akan memberi sumbangan yang besar dalam proses perpaduan.

Di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai usaha untik mencapai matlamat perpaduan. Antaranya;


1. pembentukan sosioekonomi yang membolehkan semua kaum dan etnik turut serta dalam proses pembangunan negara.
2. Penyusunan semula masyarakat melalui Dasar Ekonomi Baru iaitu dengan memberi fokus kepada membasmi kemiskinan berasaskan kaum.
3. Penglibatan golongan miskin dalam pelbagai corak pembangunan ekonomi dengan menubuhkan beberapa agensi yang berkaitan seperti MARA, FELDA, UDA dan sebagainya.
4.Sistem pendidikan digunalan sebagai medium utama pembentukan perpaduan dengan menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagao bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia di semua peringkat pengajian dari pendidikan rendah, menengah rendah, menengah atas, dan pengajian tinggi.


7) Toleransi
Sikap toleransi dan hormat menghormati antara kaum telah meletakkan Malaysia senagai sebuah 'Negara Contoh' tentang penyatuan kaum.Perpaduan antara kaum dilambangkan melalui institusi raja yang dianggap sebagai payung pentadbiran negara.Hak dan prinsip ini terus dikekal walaupun akhir-akhir ini terdapat usaha untuk merungkaikan nilai-nilai kemasyarakatan rakyat Malaysia masa kini.Berdasarkan situasi ini,beberapa peringatan daripada pelbagai pihak yang cintakan kedamaian meminta supaya setiap perbezaan tidak terjerumus ke kancah permusuhan.Ia harus dilihat sebagai cabaran untuk merapatkan juramg perbezaan bagi meneruskan agenda pembinaan negara bangsa,ataupun bangsa Malaysia.

Bangsa Malaysia bukan bermakna bercirikan kekhususan fizikal,ia berbentuk kesatuan dalam pemikiran,tindakan dan psikologi.Saling bantu membantu dan bekerjasama dalam setiap aspek,seperti yang dijelaskan "apabila melihat satu kemalangan berlaku,apakah kita akan bertanyakan mangsanya Melayu,Cina atau India?" Kita perlu menghulurkan bantuan dengan melupakan sempadan kaum dan ras.Kita menghulurkan bantuan kerana kita adalah sesama manusia,satu bangsa iaitu bangsa Malaysia.
Rakyat negara kita selama ini telah menunjukkan contoh yang baik dalam bertolak ansur sesama sendiri menerusi toleransi agama,budaya dan sosial,nampaknya kita tidak mempunyai banyak masalah dalam mengadaptasikan kepelbagaian budaya.Ini kerana setiap etnik dan kaum diberi kebebasan untuk mengamalkan cara hidup dan adat istiadat masing-masing tanpa menyinggung perasaan orang lain.Peraturan kita tidak pernah memaksa sebarang individu supaya menukar namanya menjadi nama etnik tertentu.

Dalam bidang pendidikan,pembangunan sekolah jenis kebangsaan memberi gambaran yang cukup jelas tentang dasar toleransi terhadap perkembangan bahasa dan budaya kepelbagaian etnik yang cukuo luas,sehingga di dalam sekolah jenis tersebut terdapat pelbagai kaum pula yang memasukinya,seperti yang dijelaskan tentang bilangan pelajar Melayu yang memasuki sekolah kebangsaan Cina.


9) Budi Bahasa
Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyelewang dari norma-norma sosial yang dikehendaki dala masyarakat.Budi bahasa penting untuk melahirkan insan yang mulia,unggul dan utopia demi merealisasikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020.

Salah satu kepentingan amalan ini dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita.Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa-apa jua warna kulit ataupun status individu tersebut.Bukan itu sahaja,amalan ini mendidik masyarakat yang berlainan bangsa dan agama supaya sentiasa menjaga perasaan antara satu sama lain sama ada melalui tutur bicara atau perlakuan.Konsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah pe-rasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui Gagasan 1Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Amalan budi bahasa amat mustahak untuk Negara mencapai taraf Negara maju yag disegani oleh Negara-negara gergasi yang lain di dunia. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.