Menurut Kamus Dewan (DBP), keluarga merupakan orang yng mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain. Peranan individu terhadap keluarga mempunyai banyak cabang contohnya seberti tanggungjawab ibu dan bapa.
Keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat. Terdiri daripada 2 orang atau lebih. Adanya ikatan perkahwinan atau pertalian darah di antara sesama anggota keluarga.
a) Keluarga Bahagia
Bahagia atau derita kehidupan sesebuah keluarga bermula dari rumah. Perkataan BAHAGIA melambangakan sesuatu yaang indah dan menyeronokkan. Kebahagiaan boleh dihubungkaitkan bukan sahaja dengan tingkat pencapaian kebendaan tetapi lebih menekankan kepada rasa keseimbangan yang mendalam terhasil dari jiwa yang tenang.
b) Ciri-ciri Keluarga Bahagia
1. mempunyai didikan agama
2. pergaulan yang penuh adab sopan/ baik
3. merahsiakan masalah rumah tangga
4. sabar dan bertolak ansur
5. mendoakan kebaikan dan kebahagiaan keluarga
6. mengambil beerat masalah keluarga
7. bersederhana
8. kamantapan ilmu dan akal
9. keluarga yang berakhlak mulia
10. sentiasa bersyukur
11. keperluan hidup yang sempura
12. merasa cukup dengan apa yang dimiliki
c) Peranan individu dalam Keluarga
Antara peranan individu dalam keluarga ialah :
i. Memberi kasih sayang
ii. Saling bantu-membantu
iii. Mengingati tarikh-tarikh penting dalam keluarga
iv. Menghormati orang yang lebih tua
v. Menyediakan tempat tinggal dan pakaian
No comments:
Post a Comment