4.3. Nilai-nilai perpaduan.
1) Kepercayaan Kepada Tuhan
1) Kepercayaan Kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah
diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan
beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa
dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam
ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain
boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam
Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas
alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara
menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan
manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga
sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan
anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah
dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
2) Kesetian Kepada Raja Dan Negara
2) Kesetian Kepada Raja Dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong
sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap
negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri
Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap
warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat
dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat
mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
3) Keluhuran Perlembagaan
3) Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekankan perlunya
rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang
tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini
akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara
Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua
pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat
yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau
mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan
sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal
yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak
sosio-ekonomi rakyat.
4) Kedaulatan Undang-Undang
4) Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan
undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.
Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara
berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan
dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak
aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi
kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang
untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur.
Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat
bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua
anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan
dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara
sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.
5) Kesopanan Dan Kesusilaan
5) Kesopanan Dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan
perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah
untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan
kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu
yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting
dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum
di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi
membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral
tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila
ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau
menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga
mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan
persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya
perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan
keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
6) Integrasi Nasional
6) Integrasi Nasional
Dari segi definisi Integrasi adalah satu proses yang menyatupadukan
pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu indentiti bersama. Bagi negara
yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang diusahakn
agar berjaya. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama
dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan adalah satu contoh terbaik
kejayaan proses integrasi.
Manakala perpaduan pula adalah proses menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah negara supaya mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama tentang negaranya.
Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara. Selain daripada aspek ekonomi, politik, perpaduan juga merupakan agenda penting dalam kemajuaan sesebuah negara. Relatifnya, ekonomi dan politik yang stabil akan memberi sumbangan yang besar dalam proses perpaduan.
Di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai usaha untik mencapai matlamat perpaduan. Antaranya;
1. pembentukan sosioekonomi yang membolehkan semua kaum dan etnik turut serta dalam proses pembangunan negara.
2. Penyusunan semula masyarakat melalui Dasar Ekonomi Baru iaitu dengan memberi fokus kepada membasmi kemiskinan berasaskan kaum.
3. Penglibatan golongan miskin dalam pelbagai corak pembangunan ekonomi dengan menubuhkan beberapa agensi yang berkaitan seperti MARA, FELDA, UDA dan sebagainya.
4.Sistem pendidikan digunalan sebagai medium utama pembentukan perpaduan dengan menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagao bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia di semua peringkat pengajian dari pendidikan rendah, menengah rendah, menengah atas, dan pengajian tinggi.
7) Toleransi

Sikap toleransi dan hormat menghormati antara kaum telah
meletakkan Malaysia senagai sebuah 'Negara Contoh' tentang penyatuan
kaum.Perpaduan antara kaum dilambangkan melalui institusi raja yang dianggap
sebagai payung pentadbiran negara.Hak dan prinsip ini terus dikekal walaupun
akhir-akhir ini terdapat usaha untuk merungkaikan nilai-nilai kemasyarakatan
rakyat Malaysia masa kini.Berdasarkan situasi ini,beberapa peringatan daripada
pelbagai pihak yang cintakan kedamaian meminta supaya setiap perbezaan tidak
terjerumus ke kancah permusuhan.Ia harus dilihat sebagai cabaran untuk merapatkan
juramg perbezaan bagi meneruskan agenda pembinaan negara bangsa,ataupun bangsa
Malaysia.
Bangsa Malaysia bukan bermakna bercirikan kekhususan fizikal,ia berbentuk kesatuan dalam pemikiran,tindakan dan psikologi.Saling bantu membantu dan bekerjasama dalam setiap aspek,seperti yang dijelaskan "apabila melihat satu kemalangan berlaku,apakah kita akan bertanyakan mangsanya Melayu,Cina atau India?" Kita perlu menghulurkan bantuan dengan melupakan sempadan kaum dan ras.Kita menghulurkan bantuan kerana kita adalah sesama manusia,satu bangsa iaitu bangsa Malaysia.
Rakyat negara kita selama ini telah menunjukkan contoh yang baik dalam bertolak ansur sesama sendiri menerusi toleransi agama,budaya dan sosial,nampaknya kita tidak mempunyai banyak masalah dalam mengadaptasikan kepelbagaian budaya.Ini kerana setiap etnik dan kaum diberi kebebasan untuk mengamalkan cara hidup dan adat istiadat masing-masing tanpa menyinggung perasaan orang lain.Peraturan kita tidak pernah memaksa sebarang individu supaya menukar namanya menjadi nama etnik tertentu.
Dalam bidang pendidikan,pembangunan sekolah jenis kebangsaan memberi gambaran yang cukup jelas tentang dasar toleransi terhadap perkembangan bahasa dan budaya kepelbagaian etnik yang cukuo luas,sehingga di dalam sekolah jenis tersebut terdapat pelbagai kaum pula yang memasukinya,seperti yang dijelaskan tentang bilangan pelajar Melayu yang memasuki sekolah kebangsaan Cina.
9) Budi Bahasa

Budi
bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala
tindakan mereka terpimpin dan tidak menyelewang dari norma-norma sosial yang
dikehendaki dala masyarakat.Budi bahasa penting untuk melahirkan insan yang
mulia,unggul dan utopia demi merealisasikan misi nasional negara ke arah
Wawasan 2020.
Salah satu kepentingan amalan ini dapat mewujudkan
perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita.Masyarakat yang
berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa-apa jua warna kulit
ataupun status individu tersebut.Bukan itu sahaja,amalan ini mendidik
masyarakat yang berlainan bangsa dan agama supaya sentiasa menjaga perasaan
antara satu sama lain sama ada melalui tutur bicara atau perlakuan.Konsep 1Malaysia
akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat
Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip
Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah
pe-rasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat
perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan
kepentingan negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana
segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana
tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati
pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.Nilai-nilai murni ini diharap dapat
menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus
kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui Gagasan 1Malaysia ini tidak
akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua
rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju
dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.
Amalan budi bahasa amat mustahak untuk Negara mencapai taraf Negara maju
yag disegani oleh Negara-negara gergasi yang lain di dunia. Pembinaan negara
bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting
terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan
pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai,
budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa
bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan
kesetiaan.Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip
utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of
belonging) bagi menjayakan konsep ini.
No comments:
Post a Comment